BAYI PON DAPAT RM1500 TAPI RAMAI MASIH TAK TAHU! SENANG JER NAK MOHON….

Image result for Bayi Pon Dapat RM1500 Tapi ramai masih tak tahu! Senang jer nak mohon....


Beritahulah kawan2 dan saudara-mara yg akan menjadi ibubapa, secepat mungkin…. Sebarkan!

RM1500 Untuk Anak Kelahiran Negeri Selangor

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah satu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor. Ianya dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Bermula 9 Julai 2011, setiap ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak mereka wajib menyediakan dokumen seperti Mykad ibu dan bapa, Mykid atau sijil kelahiran anak dan surat pengakuan anak angkat (jika perlu).
Ada 3 jenis syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon TAWAS iaitu warganegara Malaysia, lahir di negeri Selangor atau di luar negeri Selangor bermula pada 1 Januari 2008, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor, atau pun ibu atau bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
Syarat yang kedua ialah anak yang dilahirkan di Selangor, warganegara Malaysia, dilahirkan di negeri Selangor bermula 1 Januari 2008, ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi sudah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Selangor.
Syarat yang ketiga pula ialah warganegara Malaysia, lahir di luar negeri Selangor tetapi bersempadan dengan negeri Selangor seperti Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan yang sama dengan ibu atau bapa bermula 1 Januari 2008. Ini termasuklah ibu atau bapa yang dilahirkan di daerah negeri yang lain dan bersempadan dengan Selangor Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan selepas permohonannya diluluskan oleh YAWAS. Ibu bapa atau penjaga akan dimaklumkan untuk mengambil penyata tersebut. Semasa hari tersebut, ibu bapa atau penjaga wajib membawa dokumen seperti Mykid atau sijil kelahiran atau kad Si Manja jika ada. Penyata ini hendaklah disimpan dengan cermat sehingga usia anak mencecah 18 tahun. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan penyata ini, anda perlu membuat laporan ke pejabat YAWAS dan dikenakan caj RM10.
Untuk makluman, kad Si Manja adalah kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan TAWAS yang berjaya.

Manfaat menyertai TAWAS

Pasti ada yang bertanya, apa manfaat program ini kepada ibu bapa dan anak-anak yang didaftarkan? Anda mendapat 3 manfaat seperti diskaun penginapan di De Palma Hotel, diskaun keahlian AAM Roadside Assistant dan khairat kematian RM1,500 kepada waris TAWAS yang berdaftar.
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam artikel ini, boleh membuat permohonan TAWAS secara online menerusi link ini :
http://www.pawas.yawas.my

Pendaftaran adalah percuma!

Selain itu.. banyak aktiviti dan sumbangan diadakan setiap tahun.. ini adalah salah satu kelebihan pada ahli tawas… nak tahu lebih lanjut boleh like Facebook TAWAS untuk mengetahui pengumuman atau info semasa berkaitan aktiviti TAWAS atau layari www.tawas.org.my
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan permohonan TAWAS, penyata simpanan dan kad TAWAS boleh mesej secara peribadi di Facebook atau hantar email, atau datang sendiri ke pajabat YAWAS yang terletak di seksyen 7, Shah Alam 
Anak Kelahiran Negeri Selangor Dapat RM1500

Syarat-Syarat Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Permohonan yang tidak disertakan bersama dokumen sokongan atau tanpa cop pengesahan
(bagi syarat II dan III) akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.
Tarikh TUTUP Pendaftaran TAWAS adalah pada Hari Ulangtahun ketiga anak.
(sebelum umur pemohon tiga tahun).
Syarat I
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
Warganegara Malaysia DAN
Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN
Sama ada:-
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU
Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
Syarat II
Permohonan adalah terbuka kepada Anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di Negeri Selangorm mulai 1 Januari 2008, DAN
3.  Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
4. Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU
Syarat III
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN
3.  Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja.
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN:
TELEFON: 03-5481 8800
FAKSIMILI: 03-5524 2068
Laman web TAWAS: www.tawas.org.my
Boleh juga buat pendaftaran ONLINE
Tapi selepas itu kena cetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut:
1. Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
2. Salinan MyKad ibu dan bapa
3. Salinan MyKad penjaga (jika perlu)
4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
5. Cop Pengesahan Taraf Mastautib (bagi syarat II & III)
6. Surat Pengesahan penyakit Kronik dan masih dalam rawatan (sekiranya anak mempunyai penyakit kronik)
Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari TARIKH PENDAFTARAN ONLINE dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Video Budak Sekolah Hisap Gam Tersebar.

Video Budak Sekolah Hisap Gam Tersebar.


Inilah padahnya jika anak-anak di lepaskan bebas begitu sahaja tanpa pengawasan ibu bapa, mula-mula memanglah berjinak-jinak dengan hisap gam dulu tapi kemudian hari kalau tidak di bendung tak tahulah nak jadi apa.

Berikutan penularan satu video pendek yang memaparkan empat orang budak perempuan yang sedang menghisap gam di dalam bilik dan kesemua mereka itu dipercayai masih lagi bersekolah berikutan dua orang daripada mereka sedang memakai tudung sekolah serta kesemua mereka sedang mengenakan baju seragam sukan.

Walau bagaimana pun lokasi sebenar serta usia pelajar terbabit dan
dari sekolah mana masih lagi tidak dapat di kenal pasti berikutan tiada sebarang pendedahan di buat oleh individu yang memuat naik video terbabit.

Video terbabit hanya mendedahkan empat orang pelajar sahaja namun tidak di ketahui berapa orang sebenar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral terbabit.

Ibu bapa di saran supaya memantau aktiviti di luar waktu persekolahan anak-anak supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku serta bagi memastikan anak-anak tidak akan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini demi menjamin masa depan mereka terjamin.


Lelaki Rambut Purple Tampil Buat Kenyataan Mencabar





Selepas dikecam netizen, lelaki yang berambut Purple tampil buat kenyataan mencabar di media sosial, dia yang dikenali sebagai Shahrol Afiszu menganggap dirinya tidak bersalah dalam kejadian

Selepas dikecam netizen, lelaki yang berambut Purple tampil buat kenyataan mencabar di media sosial, dia yang dikenali sebagai Shahrol Afiszu menganggap dirinya tidak bersalah dalam kejadian yang berlaku di Sungai Sikamat Kajang..

Dalam kenyataan Shahrol Afiszu dimedia sosial mahu orang ramai yang mengecamnya supaya bertanya dulu bukan berlagak pandai.

Dalam posting tersebut juga Shahrol Afiszu dilihat mencabar netizen yang mahu mengutipnya ” Wa tunggu juga mana yang sembang nak kutip wa tu, tak laratlah nak layan komen lu orang, marilah wa tunggu, katanya.

Menurut Shahrol Afiszu lagi” kalau budak serban Yusuf Azmi punya semboyan 1 Malaysia boleh turun, nak tahu wa punya semboyan siapa yang turun, mari try kutip”

Sebelum ini rata-rata tahu kejadian yang berlaku kepada 23 pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan yang menjalankan kegiatan kereta sambung bayar berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka.

Yusuf Azmi merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan sehingga berlaku kekecohan di tempat kejadian.








CARA ROOT ZENFONE 5

Assalamualaikum hari ni nak share cara root zenfone 5 model ASUS T00K

ok jom

mula2 download adb driver

LINK

lepas install enable usb debungging

cari google je kalau tak tau

download tools ini pulaks aahahaha

LINK

cucukan USB cable

jalankan tool tadi ikut sahaja arahan dalam 2 kemudian anda selesai

bye

Subhanallah, laut yang hilang di sempadan Uzbekistan dan Kazakhstan





Laut Aral "menghilang" kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak.  1960-an.