Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.

KEPUTUSAN PENUH PRU 13



Parlimen 

BN  118

PAS 14

PKR 19

DAP 32

BEBAS 1

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pagoh, Johor BN


Mohamad  Sabu,   Pendang PAS TEWAS


Ibrahim Ali  BEBAS TEWAS



Dr. Mohd Nasir Hashim,  Kota Damansara PKR ( Bakal TEWAS )


Datuk Haron Din, Arau PAS TEWAS



Lim Kit Siang, Gelang Patah, Johor  DAP 


Nurul Izzah Anwar, Lembah Pantai  PKR  

Teresa Kok,  Seputeh  BEBAS


Putrajaya BN ( Datuk Husam Musa TEWAS )  

Idris Haron, Sungai Udang, Melaka BN


Mohd Najib Razak,  Pekan, Pahang  BN



Permatang Pauh  PKR  



Datuk Seri Hadi Awang,  Marang, Terengganu PAS



Labuan BN

Shah Alam BN ( Datuk Zulkifli Nordin MENANG mengalahkan Khalid Samad )


Padang Kota dan Komtar, Pulau Pinang DAP

Tan Seng Giaw, Kepong  DAP


Chua Jui Meng, Segamat PKR  TEWAS





Tan Sri  Isa Samad, Jempol, Negeri Sembilan  MENEWASKAN  Aishah  


Dayangku Intan, Pengerang, Johor  TEWAS 


Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


Mengapa-Yahudi-Menggali-Di-Bawah-Masjid-Al-Aqsa-2
Mengapa-Yahudi-Menggali-Di-Bawah-Masjid-Al-Aqsa-3

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
Mengapa-Yahudi-Menggali-Di-Bawah-Masjid-Al-Aqsa-4
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Mengapa-Yahudi-Menggali-Di-Bawah-Masjid-Al-Aqsa-5

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
La tombe de Horemheb (KV.57)  (VallŽe des Rois / Thbes ouest)
Tuhan-Ra

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran-Temple-of-Solomon-oleh-pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
Replika-Solomons-Temple

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

SERANGAN KEDUA PENGGANAS KIRAM SELEPAS PRU 13




JAKARTA 3 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, pengganas Kiram merancang untuk kembali ke Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau turut mendakwa, pada masa ini pengganas militan itu sedang melatih 1,000 orang untuk melakukan serangan kali kedua.

"Mereka sudah mengumumkan di dalam akhbar Filipina bahawa mereka sudah menyiapkan kem latihan dan sudah melatih 1,000.

"Selepas PRU-13, 5 Mei ini mereka akan menyerang buat kali kedua. Apakah kita mahu kehilangan 10, 20 atau 100 anggota keselamatan lagi?" soalnya.

Raja Petra berkata demikian kepada pemberita sebelum memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Menurut Raja Petra, menyedari bahaya ancaman itu menyebabkan beliau mengambil inisiatif menulis artikel Kisah di sebalik insiden Lahad Datu dan disiarkan dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu.

Dalam artikel itu juga, Raja Petra mendakwa beliau memiliki maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Raja Petra menegaskan, pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu merupakan ancaman keganasan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan Malaysia.

"Kalau anda fikir tragedi 13 Mei (1969) merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia, dan kalau sesuatu yang buruk berlaku di sana (Sabah), tragedi 13 Mei tidak apa apa-apa sangat sebenarnya berbanding apa yang boleh berlaku di sana (Sabah). Ia amat merbahaya.

"Malaysia boleh porak-peranda seandainya masalah keganasan ini tidak ditangani dengan baik," katanya lagi.

Raja Petra juga tidak menolak kemungkinan insiden itu dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang memiliki kepentingan.

"Kalau anda membaca artikel saya, artikel itu sangat jelas isunya mengenai serangan. Apakah serangan Lahad Datu merupakan satu kes terpencil atau ia memang serangan yang dirancang atau ada dalang di sebaliknya.

"Kepercayaan saya apabila menulis artikel itu ialah ancaman ini dirancang. Ia bukan hanya inisiatif militan Kiram tetapi ada perbincangan. Bahkan, ada beberapa orang dalam negara yang bekerjasama dengan mereka," jelas Raja Petra.

Dalam artikel berkenaan juga, Raja Petra menulis bahawa ancaman keganasan di Lahad Datu juga bertujuan memupuk sentimen rakyat di Sabah membenci kerajaan.

"Anda harus faham bahawa masyarakat Sulu adalah penting dalam pilihan raya. Undi mereka sangat besar. Pilihan raya di Malaysia bergantung pada masyarakat Sabah dan Sarawak.

"Jadi disebabkan menyedari undi orang Sabah dan Sarawak penting maka mereka dipupuk dengan semangat benci kerajaan.

"Saya berpendapat, ini merupakan satu 'permainan yang bahaya' kerana ia melibatkan isu kaum," kata beliau lagi.

Justeru, dakwa beliau lagi, ancaman keganasan di Lahad Datu diadakan bagi membangkitkan sentimen rakyat Sabah menjelang PRU-13.

"Yang pasti perjumpaan (antara Anwar dan Misuari) memang berlaku. Perjumpaan itu secara khusus membincangkan mengenai usaha membawa masuk (militan Kiram)," kata Raja Petra.


- UTUSAN

DUA PENGODAM DIBERKAS

Tindakan dua lelaki menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang komputer untuk menggodam dua laman web rasmi kerajaan mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Laut di sini Selasa lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 33 tahun itu disyaki menggodam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Katanya, dalam kes yang melibatkan JPN, kedua-dua suspek telah menyamar sebagai anggota jabatan tersebut dan menghantar beberapa notis palsu kepada cawangan JPN di seluruh negara menggunakan e-mel rasmi. Suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 51 Akta Jenayah Komputer 1997

BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam?

FOTO (1): Saiful berada jauh dari Mulatazam

FOTO (2): Di dalam video saiful mengatakan beliau bersumpah di hadapan Multazam. 
Kenapa di dalam video Saiful tidak berada betul2 di MULTAZAM? Takkan dah pergi dua kali ke Kaabah TAPI TIDAK TAHU LOKASI MULTAZAM?

FOTO (3): Kenapa kedudukan MAKAM IBRAHIM di sebelah 'kiri bahu belakang' Saiful (di dalam video). Jika benar saiful bersumpah depan MULTAZAM, sepatutnya kedudukan MAKAM IBRAHIM adalah di sebelah 'kanan bahu nelakang' saiful.

FOTO (4): Kedudukan Saiful (dalam video) adalah jauh dari MULTAZAM tetapi bersumpah dlm video pula di depan MULTAZAM plak. Mana satu yang betul?

PERSOALAN LAIN:
1) Mengapa kedudukan(ketinggian) Saiful nampak lebih tinggi dr jemaah yg lain sedangkan kita tahu jemaah M'sia lebih rendah/ kecil dr jemaah lain/ bangsa arab?
2) Mengapa suara Saiful lebih jelas spt tidak berada dikawasan yg bising atau ramai org?
3) Mengapa jarak antara Saiful dan 'cameraman' atau kamera saiful sendiri(pegang) LANGSUNG TIDAK BERGOYANG atau berubah-ubah tempat? Statik sahaja. PELIKnya Saiful langsung tidak bergoyang atau berlanggar sesama jemaah wpon berada di kawasan yg berhimpit2 dgn jemaah lain.
4) Mengapa 'background' berpusing begitu ketara sedangkan 'gap antara Saiful dgn kamera langsung tak berubah?
5) Mengapa baru sekarang (pilihanraya) nak dikecohkan? Adakah ini strategi Saiful bersama UMNO-BN? Wallahualam...

Sama2 lah kita nilaikan. Hanya Allah saja yg Maha Mengetahui.



tgok vedio sumpah edisi bongkar kat sini




Terjemahan surat Dr Yusuf Qardhawi Sokong Anwar PM Malaysia



Doha: 20 Rabi’ al-Akhir 1434
Bersamaan: 2/03/2013

Saudara-saudaraku tercinta di Malaysia yang dikasihi.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Anwar Ibrahim dan saudara-saudara dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipelihara oleh Allah.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Shaykh Hj. Abdul Hadi bin Hj Awang dan saudara-saudara dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipelihara oleh Allah.

Saudara-saudaraku dalam Parti DAP (*pent: disebut dalam surat sebagai Parti Cina)

Aku mengucapkan salam hormat dengan kehormatan Islam, Assalamu’alaykum waRahmatullah wa Barakatuh, seterusnya:

Aku mengambil peluang mengucapkan seindah-indah penghormatan, sebaik-baik keselamatan dan seikhlas doa kepada Allah swt untuk memimpin urusan kamu semua, membetulkan kesalahanmu, menguatkanmu untuk menambah dalam melaksanakan kebaikan dan kebenaran, demi kebaikan Islam dan umat Islam amnya, dan demi Malaysia khasnya. Dan supaya Dia memelihara mereka (rakyat) menerusi penjagaan dan perlindungannya, mengurniakan mereka kesejahteraan, membantu mereka dalam pembangunan dan pertumbuhan dan menyebarkan keadilan sosial.

Saudaraku tercinta,

Sesungguhnya Malaysia mempunyai kedudukan yang besar dalam diri kami,penduduknya sungguh dicintai dalam hati dan perasaan kami, dan Malaysia merupakan harapan kami dalam menunjukkan contoh Islam yang pertengahan (wasatiy), bertamadun, moden dan kontemporari.

Kami mengikuti kebangkitannya sejak ia bermula, kami (juga) mengikuti perkembangan rakyatnya yang datang dari Malaysia ke al-Azhar as-Shareef. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PAS, pembantu-pembantu seruan (dakwah) kepada Islam dan seruan ke arah pembangunan dan kesejahteraan.

Perpecahan yang berlaku dalam Parti UMNO (United Malays National Organisation),kejahatan yang melampau dan dikesali sungguh menyakitkan kami. Ia telah menimpa Tuan Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kedua di Malaysia, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Kami menghitung di sisi Allah ujian dan pendustaan yang telahmenimpanya, yang terbongkar jua (pendustaan) selepas itu. Demikian Allah membenarkan apa yang benar dan membatilkan apa yang batil sekalipun dibenci golongan penjenayah.

Pada ketika itu, pendirian majoriti rakyat Malaysia menentang kepalsuan yang jelas dan dusta. Antara mereka ialah PAS yang berpegang dengan kebenaran, berdiri bersama Parti Keadilan yang dipimpin isteri Anwar Ibrahim, DAP juga telah bersama-sama kedua-duanya, menentang perbuatan palsu dan segala kebatilan.

Betapa gembira dan lapang dada kami – Islamis di Dunia Arab dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia: akan pendirian Barisan Alternatif (BA) yang saling menolong atas perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan selama-lamanya tidak bersatu atas dosa dan permusuhan., tegas dalam membina dan tidak meruntuh, bergabung dan tidak berpecah. BA memberi komitmen membantu Anwar Ibrahim, dan menentang orang yang menzaliminya secara dusta dan palsu, hingga Allah membantu kebenaran dan mendedahkan kebatilan kepada semua.

Untuk itu kami sangat gembira dengan barisan ini yang bersatu bersama Anwar Ibrahim, menjadi pembantu kepadanya dalam pendirian-pendiriannya, mampu pula berjalan dengan langkah yang tetap dan manhaj yang lurus untuk merealisasikan objektif-objektif Malaysia yang diberkati, sejak tahun-tahun yang lalu. Dan barisan ini tidak berundur atau meninggalkan pendirian yang satu, berterusan atas kerjasama dan kesatuan, bermesyuarat dan bertolong-tolong sesama mereka. (“Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah”) , (“Sesungguhnya Allah merupakan yang ketiga kepada dua orang yang bekerjasama”), (yang demikian) apabila kedua-duanya saling bersatu dan saling membantu. Tetapi apabila berselisih atau berlaku antara mereka apa yang menyelisihi amanah (“syaitan akan berada di antara kedua-duanya”).

Dari sini kami menekankan ke atasmu kepentingan kesatuan dalam Islam .Agama ini hakikatnya agama yang meng-Esa-kan Allah dari sudut akidah dan menyatukan manusia pada tujuan dan amalan. (Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agamakamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku. – al-Mukminun : 52), untuk itu Tuhan menjadikannya suatu kefardhuan syarak – sebagaimana menurut realitinya, ia sangat penting – berfirman Allah swt (“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai” – Aali ‘Imran : 103), (Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. – al-Maidah: 2).

(Seruan untuk bersatu itu ) Sepertimana al-Quran mengancam dengan sesungguh-sungguhnya daripada perpecahan dan perselisihan. Allah swt berfirman menerangkan besarnya kesalahan perpecahan; (“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” – Aali ‘Imran : 105). Berkata Allah taala menerangkan bahaya di dunia menerusi perpecahan; (“dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu” – al-Anfal : 46) Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu berselisih, sesungguhnya orang sebelum kamu telah berselisih lalu menjadi binasa.” (Riwayat al-Bukhari)

Atas sebab kefahaman yang besar ini, Nabi Allah Harun as bersabar atas kaumnya yang menyembah anak lembu, karena takut akan perpecahan yang mencerai-berai mereka. Firman Allah swt menerusi lisan Harunas, yang berkata kepada Nabi Musa as: (“Wahai anak ibuku! Janganlah engkau menarik janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” – Toha : 94)

Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi saw di atas (tentang perpecahan) tidak tersembunyi (pent: wajib diambil berat) ke atas kamu semua, demikian pengalaman yang dilalui umat-umat yang terdahulu dan umat Islam, menerusi kesan-kesan kesatuan dan persepakatan, dan akibat-akibat perpecahan dan perselisihan. Kami hanyalah mahu memberi peringatan yang sentiasa bermanfaat kepada orang beriman, firman Allah taala; (“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman” – adz-Dzariyat: 55). Kami mahu nasihat yang Rasul kami ajarkan ketika baginda bersabda: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Sabda Nabi saw: Kepada Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin-pemimpin danumatnya.” – (Riwayat Muslim)

Tiadalah di sana seorang Muslim yang terlebih kecil(kelayakan) untuk menasihati saudaranya, dan tiada juga seorang Muslim yang terlebih besar (layaknya) untuk dinasihati.

Kami mengetahui bahawa kejayaan di dunia dan diakhirat tidak sempurna melainkan menerusi saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, sebagaimana firman Allah:
(“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)

Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.

Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar.

Aku menasihati kamu supaya memelihara perjanjian dan persetujuan yang telah diputuskan antara kamu, janganlah membatalkannya. Allah swt telah berfirman: (“Wahaiorang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”– al-Maidah : 1) dan firman-Nya lagi: (“dan sempurnakanlah perjanjian (denganAllah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” –al-Israa : 34)

Aku menasihati kamu supaya membincangkan masalah-masalah yang tergantung menerusi badan-badan mesyuarat yang daripada pihak-pihak dalam barisan tersebut (pent:awalnya Sh. merujuk perkataan “al-Jabhah” barisan sebagai BA, tapi pada perenggan ini, dimaksudkan PR). Dalam bermesyuarat itu ada kebaikan, “tidak akan rugi orang yang beristikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat”, demikianlah (sifat) RasuluLlah saw, para sahabat dan orang-orang yang beriman. Firman Allah: (“dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”– as-Syura : 38) Allah swt memerintahkan nabi-Nya dengan syura: (“dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu” – Aali ‘Imran : 159)

Aku melihat bahawa Anwar Ibrahim menerusi sejarahnya, pengalamannya, kebijaksanaannya, perjuangannya, kesabarannya, kekuatannya dalam bersabar, sejak zaman mudanya hingga ke hari ini. Beliau juga dikasihi rakyat Malaysia daripada dua kelompok – Melayu dan Cina, sangat layak untuk mengepalai kerajaan dan memimpin negara. Beliau merupakan ahli untuk jawatan tersebut, layak untuk menunaikan keperluan-keperluan jawatan itu pada saat yang penting ini, untuk pertumbuhan Malaysia dan membangunkannya pada setiap sudut. Beliaulah yang kamu sepakati sepanjang zaman lepas dan ke atas tiap-tiap pembantu kebenaran (tanggungjawab) untuk membantunya, berdiri di sisinya, sehinggal mereka layak mendapat pertolongan Allah; (“sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya”– al-Hajj : 40)

Sesungguhnya aku bersama-sama saudaraku para ulama, mencintai kamu (rakyat Malaysia) dan mendoakan kepada kamu kemenangan dan pertolongan. Kami menantikan berita-berita gembira dengan mengumpulkan perkataan, menyatukan barisan dan bersatu-padu dengan saudara-mara pada waktu terdekat.

Aku dan saudara-saudaraku berwasiat kepadamu dengan sungguh-sungguh supaya kamu kekal menjadi pasukan yang satu, bersepakat dalam perkataan, mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri dan membenci ke atas oranglain apa yang ia benci ke atas diri sendiri. Segala kebaikan itu untukmu,saudara-saudaramu, negerimu dan tiap-tiap orang yang mencintaimu. Jangan benarkan perpecahan memasuki barisan kamu, tiadalah di belakang perpecahan itu selain daripada kebinasaan dan kehancuran.

Dibelakang kamu, (adanya) umat Islam di Timur dan Barat, daripada negara Arab dan bukan Arab, membantu, memuji dan mendoakanmu. Terdahulu, pertolongan daripada Allah Tabarak wa Ta’ala kepada kamu, pertolongan (ke atas) kamu bersama-sama bantuan-Nya, tawfiq-Nya dan pembelaan-Nya. (“Dan tiadalah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”– al-Anfal : 10)

Allah memberkatimu pada apa yang ada padanya kebaikan, petunjuk dan keberkatan. Bagimu, rakyatmu dan negaramu, pada agamamu dan (urusan) duniamu. Dia mengumpulkan perkataanmu atas petunjuk, meluaskan kepadamu rezekimu, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. (al-Kahfi : 10)

Yusufal-Qaradhawi,
Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia

GODAM LAMAN WEB MILIK KERAJAAN, DUA LELAKI DITAHAN

Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.

Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.

"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.

"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan. - BERNAMA

AZHAR SULAIMAN BERBICARA TENTANG HUDUD

As-salam hari ni ku nak tunjuk sikit kenapa la si azhar sulaiman ni suka mencari publisiti dia.

so tgok screen shot dia bercakap pulak tentang hudud apa pendapat korang semua komen la ye


AZHAR SULAIMAN MEROYAN DI FACEBOOK

Pelakon Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook miliknya.
Pengakuan itu dilihat untuk mempersenda Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh UMNO murtad. Namun Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik UMNO itu kerana memfitnah beliau.

Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli UMNO terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.

Niat konon nak perli Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.



LAGU PUTIH PUTIH MELATI

As-salam haha hari ni xde apa yang nak di update baru lepas tukar template blog jadi untuk rehat2 kan minda jom kita dengar lagu ST12 PUTIH PUTIH MELATI

yeahhh layan ok vedio di bawah :D





ADIRA BUAT GIYOMI

As-salam ni nak share sikit semua sibuk sekarang pasal giyomi ni hahahaha ni dia vedio adira buat giyomi lagi gempak comel :D

ok enjoy tengok hahahah komen ya !























ELAK DARI FACEBOOK KENA HACK ??? BAGAIMANA



Hari ni saya nak kongsi dengan korang cara nak protect facebook korang dari kena hacked . sebenarnya banyak cara hackers untuk hack akaun facebook korang . selalunya :http://cdn.thenextweb.com/wp-content/blogs.dir/1/files/2010/05/phishing1.jpg


Salam sejahtera


1.Phising

2.Keyloggers

3.Guest Password

4.Brute Force

5.Sniffing

6.Man In MIddle

7.Md5 with password

8.Forget password (Reverse)