Hari ini saya akan ajar cara demi cara untuk membuat aplikasi radio menggunakan Visual Basic.
Tutorial ini hanya merupakan asas kepada aplikasi Radio Malaysia v1.0.0 kami.
Anda hanya digalakkan untuk menggunakan Visual Basic 2008 atau 2010 sahaja !
Ok !, Jika anda masih belum ada software Visual Basic, boleh download disini
Jom kita mulakan !
1
Pertama sekali buka Visual Basic anda :D
Seterusnya buka
File > New Project > Windows Application Forms > OK
2
Tambahkan 1 Label
Toolbox > Label
3
Namakan "Label 1" kepada nama radio anda. Contoh "Rileks FM"
Setkan dan besarkan teks "Rileks FM" kepada saiz dan huruf yg bersesuaian di kotak "Properties" > Font
4
Kita akan tambahkan "Windows Media Player.
Pergi ke Toolbox > Klik Kanan > Choose Items
5
Pergi ke tab COM Components dan tick pada kotak Windows Media Player dan klik butang OK .
Tambahkan pada Form1.
6
Pergi ke laman radio anda . Contoh radio.rc.my
Gunakan IDM (Internet Download Manager) untuk melihat pautan pada laman web tersebut.
Jangan download! Hanya copy link nya sahaja !
7
Klik kanan pada komponen Windows Media Player dan pilih Properties
Paste kan link tadi pada kotak kosong tersebut dan klik OK
8
Kemudian, anda boleh lah design mengikut kreativiti anda sendiri !
9
Sekarang masa untuk kita cuba aplikasi ini :D
Untuk mencuba aplikasi yang telah anda buat, anda perlulah klik pada butang Start Debugging yang berupa butang Play
10
Aplikasi Radio siap untuk digunakan !