CARA FORMAT LAPTOP INSTALL WINDOW 7

Posted by MxDotMy | Media Terkini

Assalamualaikum salam sejahtera hari ni ku nak share tutorial untuk korang cara format lapy korang amat mudah

baik apa yang korang perlu ada ialah file iso window 7

ni aku ade sediakan downloadnya

window 7 ultimate 32 bit

SINI


window 7 ultimate 64 bit

SINI

orait download lah guna IDM supaya xde masalah nnti

lepas download korang boleh burn dalam CD atau pendrive korang

cara nak boot dlm pendrive ada kat SINI

orait lepas 2 korang dah boleh mulakan prosesnya hehehe

Cara-cara nya :

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD/USB Windows 7.

Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini.

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.



format1


Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.


format2


format3


3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’


format4


4) Tekan butang “Install now”


format5


5) Pilih edisi Windows 7 anda di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
note : x86 untuk 32bit dan x64 untuk 64bit.
Pilih berdasarkan kesesuaian pc anda.



format6


6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.


format7


7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.


format8


8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
note : partition ni adalah drive Hard disk korang.Selalunya akan ada 2 iaitu drive C dan drive D.Pilih drive C


format9


9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.


format10

format11


10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.


format1

format3

Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.


format12

format13


11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.


format14


12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.


format15


13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.

Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.



format16


14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.


format17


15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.


format18


16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.


format19


17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!


format20


Tahniah! korang dah berjaya format komputer sendiri! weww selamat RM50 hehehe.Lepas ni boleh la korang buka service format komputer wkwkwk.

Ok Windows dah siap install, lepas ni korang cuma perlu install software basic untuk kegunaan harian.

Antara software tersebut :

1. Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira. 


2. K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video. 

3. 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. 

4. Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. 

5. Adobe Reader untuk membuka fail PDF.
orait selesai format laptop korang enjoy!!

Related Post



Unknown said...

lepas format bkn perlu install driver dulu kan...saya sudah temu link notebook driver tu...sites tu bgi tahu 70 files found...soalan saya...perlu download semua driver tu or pilih2 saja yg perlu?

Unknown said...

lepas format bkn perlu install driver dulu kan...saya sudah temu link notebook driver tu...sites tu bgi tahu 70 files found...soalan saya...perlu download semua driver tu or pilih2 saja yg perlu?

PDA Computer Service said...

Pilih yg perlu je..cth: chipset,wifi,LAN,vga,bluetooth,audio,touchpad.

Unknown said...

slm.... nk tnye law sy ikowt tutorial nieyh , segala file sy hilang x??? maaf brtanya

lmao said...

klau nk format local disk c:\ je mcm mne bang ??

mohdapiz said...

ada kt situ kan right click format disk :p

mohdapiz said...

maaf sebab tak balas komen dah bersarang dah... ikut tutorial ni 100% xkn hilang walau apa pun untuk laptop sahaja ye... kalau anda guna pada notebook yang kecik 2 kemungkinan akan hilang driver wlan.. biasa nye wlan untuk internet sahaje akan hilang.. tapi untuk laptop perfectly :D

p/s : kalau rasa was2 jgn cuba baik hantar kedai

Bayu solo said...

terima kasih,artikelnya bagus dan sangat membantu.sudilah kiranya
singgah ke blog saya bayusolo.com,jangan
lupa bagi komennya ya...

Amirul Aizam said...

product key die mne?

Unknown said...

ape laa ko boleh pulak tanye product key....

Post a Comment