Cara Buat Cupcake Coklat Mudah

Posted by MxDotMy | Media Terkini

Hari ini saya ingin berkongsi Cara Buat Cupcake Coklat yang mudah dan sedap. Resepi Cupcake Coklat ini saya jumpa di internet je dan tak pernah cuba buat lagi. Maklumlah tak de masa nak buat. Cuma saya nak prepare siap-siap, nanti dah ada masa tak perlu lagi kalut nak cari resepi Buat Cupcake Coklat ni.

Ok baiklah, bahan-bahannya saya senaraikan dibawah ini:






Bahan-bahan Cupcake Coklat untuk 18 - 20 papercups saiz sederhana.
  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 2 biji telur

Cara-cara membuat Cupcake Coklat ini.

Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali  2 biji telur tadi) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Kemudian baru letakkan 2 biji telur tadi dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.

Masukan adunan tadi dalam papercups (boleh gunakan sudu). Kalau nak cupcakes coklat ni yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Bakar selama lebih kurang 20 minit gitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pada oven masing2, saya guna 170C.

Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cawan susu pekat + ¼ cawan serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan semua dalam periuk, panaskan atas api dan terus kacau, sekejap je iaitu bila dah bercampur semua dan beku sikit terus angkat dan sapukan atas cupcake coklat yang telah sejuk tadi. Hias ikut kretiviti masing-masing. 

p/s Saya pun tak tahu macam mana bentuknya, Resepi Cupcake Coklat ini saya ambil dari myresipi.com. Nanti ada masa ingat nak buat.

Related Post



Unknown said...

dasar lllo plagiat ... llo bukan blogger llo cuma pencuri ... whoy ini adalah template karya kang ismey llo jangan ngaku-ngaku llo dsar llo pencuriii .

mohdapiz said...

gue ngak plagiat template ini gua usaha sendri.. tidak sama 100% kayak kang ismet

Test said...

Wuu . Plagiat . >.<

mohdapiz said...

cibek qimie :3

Post a Comment