Kelab jantan kaya

Kuala Lumpur: Terkenal dengan jolokan ‘kelab jantan kaya’ berikutan beratus pelanggan lelaki berkerumun memenuhi premis hiburan di Solaris, Mont Kiara di sini, saban malam.
Kebanyakan pelanggan lelaki yang muncul menaiki kereta mewah dikesan berhajat mendapatkan khidmat seks puluhan pelacur warga asing ditawarkan di premis itu.
Semua 85 wanita jelita terbabit didatangkan khas dari Thailand, Kemboja dan Laos dan tampil dengan hanya memakai pakaian dalam.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas lima pegawai polis bersama 23 anggota dari Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Superintendan Razali Abu Samah melakukan serbuan mengejut jam 1.45 pagi semalam.
Razali berkata, 150 pelanggan lelaki berhibur dan memilih pasangan di pusat hiburan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:24 AM
SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Solaris Mont Kiara, awal pagi semalam.

Air mata pilu ayah

Seremban: Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan apabila bapa kepada seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Global Matrix (MGS), Bandar Sri Sendayan, dekat sini, menangis teresak-esak melihat jasad anaknya yang maut dalam kemalangan di Jalan Sendayan-Seremban, berhampiran Taman Mantau Indah, di sini, semalam.
Mangsa, K Thivashini, 7, maut akibat tersepit di tempat duduk hadapan van sekolah yang dinaiki bersama tujuh rakan lain selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Bapanya R Kubanderan, 40-an, hanya mampu menangis sebaik membuka kain putih menutupi mayat anaknya sebelum ditenangkan pasukan bomba yang terbabit operasi menyelamat.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, van berkenaan dalam perjalanan dari Sendayan ke Seremban selepas mengambil kanak-kanak di sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun berkata, setibanya di lokasi kejadian, pacuan empat roda dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali.
Menurutnya, kenderaan itu melanggar tiang elektrik sebelum merempuh van sekolah dipandu lelaki berusia 33 tahun.
“Akibat rempuhan itu, Thivashini maut di lokasi kejadian manakala pemandu van patah kedua-dua kaki.
“Tujuh lagi murid berusia antara 4 dan 16 tahun cedera ringan dan mereka dikeluarkan orang awam yang melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, pemandu pacuan empat roda Brandon Lim Lok Wei turut parah manakala dua penumpangnya berusia 19 dan 28 tahun cedera ringan.
“Sepuluh mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, manakala dua lagi murid dibawa ke Hospital Columbia dan Hospital Pakar Seremban (KPJ),” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan MGS Datuk Lee Tian Hock yang ditemui di HTJ berkata, pihaknya bersedih dengan kejadian itu dan menerima maklumat mengenai kemalangan itu jam 4.05 petang.
Beliau berkata, van sekolah dinaiki murid disewa ibu bapa dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di sekitar daerah ini sebaik tamat waktu persekolahan.
“Pihak kami akan membantu menguruskan mangsa kemalangan itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 8:19 AM
KEADAAN van sekolah yang remuk akibat kemalangan, semalam.

400 penumpang panik feri dinaiki tiba-tiba dipenuhi asap

Langkawi: Empat ratus penumpang feri yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah cemas apabila feri yang mereka naiki diselubungi asap di perairan Langkawi, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, feri dua tingkat My Ferry baru berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.
Difahamkan, kepulan asap yang dikesan dalam feri dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penumpang yang menghisap rokok dalam tandas feri.
Sejurus kepulan asap dikesan, anak kapal segera mengarah penumpang memakai jaket keselamatan dan memaklumkan feri akan berpatah balik ke jeti Kuah.
Feri itu tiba di jeti Kuah pada 12.55 tengah hari dan semua penumpang dimaklumkan akan bertolak ke Kuala Kedah secepat mungkin dengan menaiki feri gantian.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 3:11 PM
KAKITANGAN My Ferry (tengah) membantu penumpang memakaikan jaket keselamatan sebaik asap dikesan menyelubungi dalam ruang penumpang ketika feri itu dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah.FOTO Hamzah Osman

Tangan remaja 14 tahun dipotong

  • Tangan remaja 14 tahun dipotong
 1 / 3 
KEMAMAN - Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dilahirkan dengan sempurna anggota badan, terpaksa dipotong tangannya akibat menghidap barah tulang.

Ibu mangsa, Hanismulizuana Mustaffa, 36, berkata, hatinya sebak ketika doktor memaklumkan tangan kiri anak perempuannya yang berusia 14 tahun, Faradina Che Fauzan terpaksa dipotong bagi mengelakkan virus barah merebak di bahagian tubuh lain.

Bagaimanapun, dia dan suami, Che Fauzan Che Ahmad, 44,  reda dengan ketentuan ALLAH SWT setelah dimaklumkan itulah jalan terbaik untuk menyelamatkan anak sulung mereka itu yang mesra dengan panggilan Dina.

“Hanya kepada ALLAH kami berserah dan kami juga sangat bersyukur sebab walaupun keadaannya masih belum stabil selepas pembedahan, namun Dina amat kuat semangat,” katanya.


Tangan kiri membesar

Anak sulung daripada tiga beradik yang tinggal bersama keluarga di Kota Bharu, Kelantan itu diketahui menghidap barah tulang di bahagian tangan kiri selepas mendapat suntikan untuk barah serviks di sekolahnya, iaitu sebuah sekolah agama di Kota Bharu pada Oktober tahun lalu.

Menurut Hanismulizuana, dia dan suami kemudian membawa Dina ke hospital besar Kota Bharu untuk mendapatkan pengesahan setelah tangan kiri anak mereka itu semakin besar dan tidak mampu diangkat.

Katanya, doktor pakar di Unit Jagaan Koronari HUSM Kubang Kerian sehingga kini masih membuat pemantauan rapi terhadap Dina, malah kos ubat bernilai RM12,000 sehari juga di bawah tanggungan pihak hospital kerana pesakit masih pelajar.

“Tangan kiri Dina jadi makin besar dan dia tak mampu angkat tangannya itu. Ketika kami tahu penyakit anak kami ini, ia sudah pada tahap kronik,” katanya ketika menerima kunjungan Puteri Umno Dun Chukai di HUSM, semalam.

Hanismulizuana turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Kemaman yang sangat prihatin dan sudi memberi sumbangan kepada keluarganya.


Puteri Umno Dun Chukai lancar kutipan derma kilat

Sementara itu, bagi meringankan beban Faradina sekeluarga, Puteri Umno Dun Chukai melancarkan kutipan derma kilat dan kemudiannya menyerahkan kutipan pertama berjumlah RM2678.40, semalam.

Ibu saudara mangsa yang juga AJK Puteri Umno Bahagian Kemaman, Harwany Yusof, 34, yang menyerahkan sumbangan itu berkata, wang berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan keluarga itu sepanjang berada di hospital.

Malah, katanya yang juga Pengerusi Kelab Belia Aswari Kemaman, kutipan itu akan diteruskan untuk membantu Faradina sekeluarga dalam menempuh ujian sukar tersebut.

“Daripada kutipan amal tabung kilat Adik Dina, Puteri Umno Dun Chukai dapat mengumpul sebanyak RM2678.40.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Dun Chukai, Pejabat Parlimen Kemaman, Atra Dun Kijal dan warga Kemaman atas derma ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada Penyelaras Puteri Umno Dun Chukai, Norfaizah Sulong dan sukarelawan pergerakan ini kerana membantu sepanjang kutipan berjalan,” katanya.

HUKUM SUAMI GEMAR HISAP BUAH DADA ISTERI

HUKUM SUAMI GEMAR HISAP BUAH DADA ISTERI | Apakah hukum seorang suami gemar menghisap buah dada isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.soalannya.
Jawapan, Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu sukai.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna “kebun” itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun” dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah SWT memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram