Kisah Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..

salahuddin al-ayubi
Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”””Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”””
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…

BELAJAR DULU SEBELUM KATA SAYA BODOH – Ahmad Maslan

gambar-ahmad-maslan


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.
Beliau menafikan laporan berita AstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.
Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.
“Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.
“Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.
“(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya,” kata Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut mengenai GST sebelum memanggilnya “bodoh”.
Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.
“Saya berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.
“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.
“Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.
“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu,” kata Ahmad lagi.
Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.
Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.
Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu.

7 Sebab Lelaki Tak Handsome Di Malaysia Selalu Dapat Awek Persis Model

new
Korang perasan tak, bila jalan-jalan di shopping mall, mesti tengok ramai couple yang macam langit dan bumi bezanya kan?
Awek punyalah lawa, putih melepak. Kalau yang pakai tudung tu memang hijabista habis. Tapi, bila tengok boyfriend dia, errrmm.. malaslah nak cakap.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa situasi pelik ini berlaku kan? Nah, baca dan terimalah kenyataan bahawa dunia ini memang tidak adil.

1. Poket tebal

tumblr_mt9y36Gp7l1qfbsl5o2_400
Hooi! Kalau korang nak tahu, kebanyakan lelaki tak handsome ini mempunyai kewangan yang handsome. Mungkin lepas ni boleh buat kajian mengenai hipotesis ‘makin tak handsome, makin kaya’.
Money
got-money-gif

2. Ada sense of humor yang tinggi

Irene
Korang perasan tak, kebanyakan lelaki yang tak handsome ni memang kaki pak lawak. Dah tentulah gegadis mereka gelak memanjang.
tumblr_m8pzawwpyi1qhd0xso1_500

3. Mulut lebih manis daripada muka

college_3
Percaya atau tidak, lelaki-lelaki tak handsome ini mempunyai kepakaran dan skil mengayat lebih power daripada si bajet-bajet Aaron Aziz.
Buktinya, korang trylah berchatting dekat mana-mana chat room. Ayat punya manis samai terus jatuh cinta. Bila dah jumpa… Adoiyai. Tapi nak buat macamana, dah terjatuh cinta!
tumblr_n7c3ylNWqN1qj4315o1_500

4. Confirm straight!

gay_areyougay
Sekarang ni kita tak boleh memandang lelaki dengan hanya melihat badan sadonya sahaja kerana kebanyakan mereka mempunyai direction yang pelik-pelik. Hurm..

Like-this-guy

5. Tak perlu takut kena rampas dengan perempuan lain

How+i+flirt+as+a+woman_ebfe07_4468504
Walau secantik mana pun perempuan tu, mereka tetap akan rasa insecure. So, bila ada teman lelaki muka pecah rumah, si gf rasa selamat daripada di sailang oleh wanita lain.
tumblr_inline_nhno0dqe8y1t5tf5a

6. Penangan cerita Beauty & The Beast

tumblr_mjvgnrSdDW1rpl3bro1_500
Ini semua sebab terikut-ikut dengan cerita fairytale. So, nak tunjuklah bahawa true love is everything.
true love

7. Laki tak handsome lebih ‘sedar diri’

tumblr_n0plgi5dSt1sczurko1_500
Maksudnya, mereka akan lebih hargai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh kekasih hati. Takde istilah nak curang sebab mereka rasa sangat teruja dapat si cantik jelita.
tumblr_inline_nhnodg5DmT1t5tf5a

PANAS!! AKSI MELAMPAU PELAJAR MEMPERSENDAKAN TELEKUNG KINI MENJADI VIRAL!!



Abg Tebu makin pening memikirkan kelakuan budak sekolah / remaja zaman la ni.

Korang tengok la  gambar ni yang mana budak sekolah ini sengaja mempersendakan tudung telekong.

Dengan sengaja menunjukkan tangan serta aksi lucah sebegini dan dengan sengaja juga mengupload gambar sebegini ke facebook mereka:

Jangan main-main dik dengan perkara macam ni!




10 Sebab Ahmad Maslan "Tak Bodoh"

10 Sebab Ahmad Maslan "Tak Bodoh"


10 Sebab Ahmad Maslan "Tak Bodoh"| Baca di sini.

10 Sebab Ahmad Maslan "Tak Bodoh"

Terlalu ramai yang menghentam Ahmad Maslan, Namun, Tahukah Anda 10 Sebab Ahmad Maslan Tak Bodoh? Baca dengan hati yang tenang, jika anda marah, segeralah share artikel kepada kawan-kawan anda.
1.
Ahmad Maslan merupakan graduan Victoria University Wellington New Zealand. Turut membuat Master Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Umno. Pelajar terbaik daripada 177 orang. Beliau juga seorang yang berpointer tinggi, besar-besar jadi menteri.
2.  
Selain itu juga, Ahmad Maslan seorang yang pandai memasak, ramai yang tak tahu, ketika beliau belajar di Newzealand, untuk berjimat, beliau memasak sendiri kerana di New Zealand, mereka dikenakan GST 10 percent. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia 6 Peratus, apalah sangat bagi Ahmad Maslan, maklumlah, Ahmad Maslan sekarang dah jadi menteri, lagipun gaji menteri kini telah dinaikkan. Ahmad Maslan bukanlah lagi pelajar luar negara, dia tidak lagi perlu berjimat.
3. 
Ramai mengatakan kejendulan Ahmad Maslan seperti Beruk Charles Darwin, namun tidak kah rakyat jelata tahu bahawa, kejendulan dan ketiadaan rambut Ahmad Maslan adalah kerana memikirkan teknik reverse engineering yang dicadangkan sahabatnya demi memartabatkan GST. Oleh itu, Ahmad Maslan bukan biasa-biasa.